Nizam hadiri jamuan makan malam bersama TYT Tun Musa Aman di Tawau

TAWAU: Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan bersama barisan pemimpin tempatan Tawau menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam bersama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman di Borneo Royale Hotel, malam tadi.

Majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan menjadi platform memperkukuh hubungan antara kepimpinan tertinggi negeri dengan pemimpin masyarakat di daerah Tawau.

Menurut Nizam, pertemuan seperti itu penting dalam memastikan hubungan erat antara kerajaan negeri dan kepimpinan di peringkat daerah terus diperkasakan demi agenda pembangunan rakyat.

“Pertemuan ini memperkukuh lagi ukhuwah dan sinergi antara kepimpinan tertinggi negeri dengan penggerak masyarakat di Tawau demi memastikan agenda pembangunan rakyat sentiasa berjalan seiringan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada TYT Tun Musa Aman atas kesudian meluangkan masa bersama kepimpinan daerah sepanjang lawatan rasmi ke Tawau.

Majlis tersebut turut menghimpunkan pemimpin masyarakat serta wakil pelbagai agensi yang hadir bagi mempererat hubungan dan kerjasama demi pembangunan daerah Tawau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *