Nizam sertai Sesi Pre-Council DUN Sabah, perhalusi agenda belia dan sukan

KOTA KINABALU, 24 April 2026: Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, menghadiri Sesi Pre-Council bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang berlangsung di Menara Kinabalu, petang tadi.

Menurut beliau, sesi tersebut merupakan platform penting bagi kementerian untuk memperincikan input serta membuat persediaan akhir sebelum persidangan DUN bermula.

“Sesi ini memberi ruang kepada kita untuk menyelaraskan perancangan serta memastikan setiap agenda yang dibawa benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa fokus utama kementerian kekal kepada usaha memperkasa agenda belia agar terus berdaya saing, di samping memantapkan prestasi sukan bagi melahirkan atlet berprestasi tinggi.

Selain itu, Nizam turut menekankan kepentingan memperkukuh sektor ekonomi kreatif sebagai antara pemacu baharu pembangunan negeri.

“Setiap perancangan yang disusun adalah manifestasi komitmen untuk memastikan aspirasi rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap gerak kerja kerajaan,” katanya.

Sesi Pre-Council tersebut dilihat sebagai langkah awal dalam memastikan kelancaran persidangan DUN serta penyampaian dasar yang lebih tersusun dan berkesan selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *