Andi Suryady dengar isu sekolah, bekalan air SK Bergosong jadi keutamaan

TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan, Andi Suryady, menghadiri perjumpaan bersama guru-guru dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bergosong bagi mendengar secara langsung pandangan serta cabaran yang dihadapi pihak sekolah.

Dalam pertemuan tersebut, isu bekalan air antara perkara utama yang dibangkitkan kerana memberi kesan kepada kelancaran sesi pembelajaran serta kebajikan warga sekolah.

Andi berkata, perkara itu akan diberi perhatian serius dan tindakan sewajarnya akan diambil bagi memastikan kemudahan asas di sekolah sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.

“Komitmen saya jelas—memastikan kemudahan asas seperti bekalan air sentiasa mencukupi demi keselesaan anak-anak kita,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa maklum balas daripada pihak sekolah amat penting dalam membantu menyalurkan keperluan sebenar di lapangan kepada pihak berkaitan.

Menurutnya, usaha berterusan akan dilakukan bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat disediakan demi kesejahteraan pelajar dan warga pendidik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *