Nizam rai Menteri Belia dan Sukan Malaysia dalam majlis makan malam di KK

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan meraikan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dr. Mohammed Taufiq Johari serta rombongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam satu majlis makan malam di Restoran Kampung Nelayan, Bukit Padang, semalam.

Pertemuan tersebut turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai agenda pembangunan belia, pengukuhan sektor sukan serta potensi ekonomi kreatif yang boleh terus diperkasakan antara kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah.

Nizam berkata, pertemuan santai seperti itu penting dalam memperkukuh hubungan serta sinergi antara kedua-dua pihak demi manfaat golongan belia dan komuniti sukan di Sabah.

“Sambil menikmati hidangan makan malam, kami sempat bertukar-tukar pandangan mengenai agenda pembangunan belia, pengukuhan sukan, serta potensi ekonomi kreatif yang boleh diperkasakan lagi antara peringkat Persekutuan dan negeri Sabah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia serta rombongan atas kesudian meluangkan masa bersama sepanjang lawatan rasmi ke Sabah.

Menurutnya, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting dalam memastikan pelbagai agenda pembangunan belia, sukan dan ekonomi kreatif dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *