Hampir 2,000 hadir rumah terbuka Aidilfitri MP Kalabakan

KALABAKAN, 19 April 2026: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, semalam berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 2,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis yang diadakan sempena penghujung Syawal itu menjadi platform untuk orang ramai bertemu, bermaaf-maafan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana penuh harmoni.

Menurut Andi, penganjuran rumah terbuka bukan sekadar tradisi, tetapi memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Semoga rumah terbuka ini dapat merapatkan hubungan silaturahim, meningkatkan ukhuwah, dan memastikan keharmonian sentiasa terjalin,” katanya.

Majlis tersebut turut menyaksikan kehadiran masyarakat daripada pelbagai latar belakang, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan keharmonian yang menjadi tunjang kekuatan komuniti di Kalabakan.

Penganjuran acara seumpama ini dilihat sebagai medium penting dalam memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat, di samping menyemai nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *