KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah merangkap ADUN Apas, YB Datuk Hj. Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan, menghadiri hari pertama Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 yang berlangsung semalam.
Kehadiran beliau mencerminkan peranan aktif dalam memastikan setiap agenda pembangunan negeri yang dibincangkan selari dengan aspirasi rakyat Sabah, khususnya dalam aspek pembangunan belia, sukan dan ekonomi kreatif.
Menurut Nizam, persidangan DUN merupakan platform penting untuk membincangkan dasar serta hala tuju negeri secara menyeluruh, termasuk menilai pelaksanaan inisiatif sedia ada dan merangka pendekatan baharu yang lebih berkesan.
Beliau turut menekankan bahawa sesi pembentangan dan perbahasan dalam persidangan tersebut amat signifikan dalam menentukan masa depan Sabah yang lebih progresif, selaras dengan kerangka pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0.
Persidangan DUN Sabah ke-17 dijangka berlangsung dengan pelbagai agenda utama yang menyentuh kepentingan rakyat serta pembangunan negeri secara menyeluruh.